Selamat Berkunjung ke AsasPC.blogspot.com
Halaman ini dibina sebagai portal informasi dan baikpulih PC - Personal Computer di dalam Bahasa Melayu.
11:59 PG
Syamsul
Kita teruskan artikel ke-2 DOS ni dengan latihan.
Untuk latihan ni (dah macam cikgu pulak :D ), kita akan copy (salin) beberapa fail dari 3 jenis yang berbeza ke dalam 3 folder berasingan.
Fail-fail ni kita ambil dari folder c:\Windows iaitu fail bitmap (.bmp), aplikasi (.exe), konfigurasi (.ini).
Buka CMD untuk memulakan DOS, dan taip 'cd\'.
- Start > run > cmd
- C:\Documents and Setings\UserX > cd\
- C:\>
Kita akan bina 3 folder dalam drive C:\ iaitu BITMAP, APS, dan CONFIG.
Taip arahan 'md '. md atau mkdir adalah singkatan bagi MAKE DIRECTORY (buat direktori/folder)
- C:\> md BITMAP
- C:\> md APS
- C:\> md CONFIG
Salin (copy) fail-fail jenis bitmap ke folder BITMAP
- X:\> copy <-alamat fail-> <-alamat destinasi->
- C:\> copy c:\Windows\*.bmp c:\BITMAP
- *.bmp ? Bila kita gunakan arahan di atas, semua fail (apa nama sekalipun) dari jenis bitmap akan disalin ke folder BITMAP yang dah kita buat tadi.
Salin (copy) fail-fail jenis aplikasi ke folder APS
- C:\> copy c:\Windows\*.exe c:\APS
Salin (copy) fail-fail jenis konfigurasi ke folder CONFIG
- C:\> copy c:\Windows\*.ini c:\CONFIG
Semak kandungan folder BITMAP, APS, dan CONFIG untuk pastikan fail-fail tadi berjaya disalin.
Kalau dapat hasil seperti kat atas ni, kira berjaya la!
Ulang langkah di atas untuk semak kandungan folder APS dan CONFIG
- C:\> dir APS
- C:\> dir CONFIG
10:44 PG
Syamsul
DOS ni sebenarnya singkatan untuk Disk Operating System.
Korang pernah dengar nama Microsoft? Ala... kompeni yang buat & jual Windows OS* (Operating System). *Nanti kalau sempat, aku cuba la sentuh pasal topik Operating System ni. Sebelum Windows, DOS ni la produk yang Microsoft jual. So...
Korang mesti ingat DOS ni Microsoft yang buat kan? Hm, ada cerita disebaliknya...Itu pun kita cerita lain kali je la ek? Kali ni kita tengok dulu APA itu DOS & ARAHAN-arahan biasa dalam DOS.
Sebelum kita belajar command (arahan) DOS, jom kita tengok dulu macam mana Windows susun fail.
Windows biasanya akan di'install' (dimasukkan) dalam
Drive C: .
- Fail-fail sistem dimasukkan dalam folder (directory) yang diberi nama 'Windows'.
- Fail-fail persendirian pengguna PC dimasukkan dalam folder 'Documents and Settings'. (Windows Vista guna nama folder 'Users')
- Fail-fail untuk program tambahan (di 'install' kemudian) dimasukkan dalam folder 'Program Files'.
Jaga2. Jangan buang fail-fail dalam Windows ikut suka hati korang je! Kalau fail tu fail sistem yang kritikal, memang tak boleh hidup la PC korang nanti...

Kenapa belajar DOS? Hm... kalau tak belajar pun takpe. Cuma bagi sesiapa yang rasa nak jadi 'Technician' PC, baik belajar la. Ada beberapa masalah PC yang boleh korang baiki kalau korang mahir DOS ni.
Kenapa tak belajar UNIX / LINUX command je? Lagi bagus kalau korang mahir command UNIX / LINUX sekali... Aku bawak topik DOS ni sebab pada pendapat aku, siapa yang pandai DOS ni takde banyak masalah bila beralih ke sistem UNIX / LINUX.
Kesimpulannya? Belajar la DOS... Kecuali korang atau PC-PC kengkawan korang tak guna Windows.
Tengok dulu camne nak
buka DOS.
Pada Start menu, klik Run, taip CMD dan klik OK

Program CMD (Command Prompt) dipaparkan. CMD sebenarnya bukan DOS sebenar, cuma simulasi DOS. CMD masih ada dalam Windows sebab masih ada program yang guna DOS untuk berfungsi.
Taip arahan cd\
- c:\Documents and Settings\UserX> cd\
- c:\>
- arahan ni digunakan untuk kembalikan paparan ke root directory (drive utama)
Kadangkala kita kena keluar/masuk satu-satu folder untuk cari, backup, atau buang fail waktu buat baikpulih PC. Taip 'cd ' untuk masuk dalam folder; atau taip 'cd..' untuk keluar dari folder
Taip cd
- c:\> cd windows
- c:\windows>
- command ni menyebabkan pengguna beralih ke dalam folder windows
- c:\windows> cd system32
- c:\windows\system32>
- sekarang pengguna dah beralih ke dalam folder 'system32' (folder system32 adalah sub-folder bagi folder windows tadi)
- Cuba kita keluar pula...Taip cd..
- c:\windows\system32> cd..
- c:\windows>
- arahan ni menyebabkan kita keluar dari folder system32 dan kembali ke folder windows (keluar 1 langkah)
- c:\windows> cd..
- c:\>
- arahan ni akan mengeluarkan kita 1 langkah lagi, dan kembali ke root directory c:
Kalau nak tengok senarai fail/folder pula, taip arahan 'dir'.
Taip dir
- c:\> dir
- DOS akan paparkan senarai folder (ditanda <-dir->bermaksud directory) dan fail-fail dalam drive C.

Apa yang korang nampak tu cuma fail-fail (atau folder) yang 'biasa'. Nak tengok yang 'luar biasa'?Taip dir /a:h
- c:\> dir /a:h
- DOS akan paparkan senarai fail (serta folder) yang terSEMBUNYI!
Nak tau cara guna command 'dir' dengan lebih BEST lagi?
Taip dir /?
- c:\> dir /?
- Untuk lihat kegunaan satu-satu command (arahan) serta cara menggunakannya, tambahkan '/?' di sebelah command.
Tak pasti apa command DOS yang boleh korang gunakan?
Taip 'help'
- c:\> help
- DOS akan paparkan senarai command/arahan yang boleh korang gunakan
Jangan lupa!... cd\ , cd , cd.. , dir , dir /a:h , dir /? , help .
7:06 PTG
Syamsul
Langkah 3: Pasang RAM (memori)
Sebelum memasang motherboard ke casing (perumah), sebaiknya pasang RAM dahulu. Buka kedua-dua klip pada slot memori motherboard. Slot RAM ini mempunyai bonggol pada kedudukan tertentu. Masukkan RAM pada kedudukan betul berpandukan bentuk kaki RAM dan bonggol pada slot RAM. Tekan pada satu hujung RAM dan kemudian hujung yang satu lagi untuk memastikan RAM betul-betul ketat (klip slot RAM akan mengunci RAM secara otomatik). Ulangi langkah jika lebih daripada satu RAM dipasang.
Langkah 4: Pasang motherboard
Buka casing (perumah) PC.

Kenalpasti port-port pada motherboard. Masukkan motherboard ke casing dengan memastikan port-port i/o motherboard masuk ke lubang yang disediakan pada casing (ruang belakang). Kenalpasti lubang skru pada casing yang selari dengan lubang skru motherboard (anda boleh tandakannya dengan pen).


Alihkan motherboard. Pasang tapak skru (disediakan oleh pembekal motherboard) pada tapak casing yang hendak digunakan (ditanda) tadi. Kemudian tempatkan kembali motherboard pada kedudukan tadi, selari dengan lubang tapak skru yang baru dipasang. Pasang skru untuk melekatkan motherboard kepada tapak skru tadi

Biasanya bekalan kuasa disertakan sekali dengan casing yang dibeli. Jika tidak disertakan, pasang bekalan kuasa kepada casing terlebih dahulu. Pastikan bekalan yang digunakan adalah dari jenis yang sama dengan motherboard (bekalan kuasa ATX untuk motherboard ATX).
Pasang soket kuasa untuk motherboard (dari bekalan kuasa) kepada palam kuasa motherboard. Jenis ATX mempunyai 20 pin. Masukkan pada kedudukan yang betul berpandukan bentuk dan pengunci palam tersebut.

Permukaan depan casing biasanya disertakan dengan lampu kuasa, lampu aktiviti harddisk, butang ON dan butang RESET. Pasang wayar-wayar yang disediakan oleh casing untuk fungsi-fungsi ini kepada motherboard pada soket-soket yang disediakan (gunakan panduan buku manual motherboard @ label pada soket tersebut). Pasang juga wayar untuk speaker casing pada soket yang disediakan.
