Anda mungkin bertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di latar belakang. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, prototaip ini menyambung telefon kamera ke enjin optical character recognition (OCR), mengubah foto sebagai teks dan kemudian menterjemahkan teks ini ke dalam Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate.
Buat masa ini, teknologi ini hanya akan berfungsi untuk penterjemahan Jerman-ke-Inggeris sahaja dan belum lagi sedia untuk dipasarkan. Namun, hal itu menunjukkan banyak kemungkinan untuk apa yang mungkin berlaku pada masa depan. Tak lama lagi, telefon anda akan mampu menterjemah tanda-tanda, poster dan teks bahasa asing terus kepada teks dalam bahasa anda. Adalah menjadi visi Google untuk menghasilkan versi Google Goggles yang boleh menterjemah semua 52 Bahasa yang disokong oleh Google Translate buat masa ini - untuk membawa lebih banyak maklumat kepada alat mobile anda.
Diterjemah dari: http://googletranslate.blogspot.com/2010/02/integrating-translation-into-google.html