Selamat Berkunjung ke AsasPC.blogspot.com
Halaman ini dibina sebagai portal informasi dan baikpulih PC - Personal Computer di dalam Bahasa Melayu.
5:34 PTG
Syamsul
Sebenarnya kita tak berapa pasti lagi apa yang bakal muncul dalam versi Windows 7. Tapi kat sini aku nak senaraikan sikit la antara teknologi-teknologi yang dijangka bakal menjadi penyeri Windows 7.
Microsoft Surface
Konsepnya ialah touch screen (skrin sentuh). Beza dengan teknologi sedia ada, Microsoft Surface ni bersifat interaktif (bertindak balas pada sentuhan). Kalau tengok pada videonya... Hm... mmg best la ! Konsep interaktif ni bukan diletak pada monitor biasa, tapi dipasang pada monitor saiz besar. Ya la... baru nampak kan. Boleh letak pada meja tulis, meja makan kedai (kedai eksklusif la tapi), meja kopi... Meja kopi?
Orang kampung cam aku ni rasanya tak mampu nak pakai meje-meja interaktif yang mahal ni :(( Ya la... keje tunggang tebalik pun kalu nak beli meja yang harganya...
11:18 PTG
Syamsul

Sekarang ni mmg tengah heboh pasal Windows baru pengganti Windows Vista iaitu Windows 7. Code name nya Blackcomb atau Vienna . Tapi tak tau la kalu-kalu gambar2 ni betol ataupun kapor je :D . Gambar ni kalu nak, korang leh cari la kat google... Kat sini aku tampilkan sikit gambar-gambar shot yang boleh korang dapati sendiri. Nak percaya atau tak... kita tunggu je la :)
Windows 7 mula dibangunkan seawal 20 Jul 2007 dan dijangka dilancarkan pada tahun 2010 nanti. Lambat lagi la kiranya :(
Oh ya, aku amik gambar ni dari salah sebuah blog indie Arimurti.com http://www.arimurti.com/artikel/blogging/windows-7-pengganti-windows-vista-screenshot-video-avai.html...
4:39 PTG
Syamsul
Latihan
1) Bina satu folder/direktori "backup" dalam drive c.
2) Salin semua fail-fail dari c:\windows\media ke dalam folder backup di atas.
3) bina folder "audio" di dalam folder backup.
4) Pindahkan semua fail jenis audio (dari c:\backup) ke dalam folder audio di atas.
5) Bina folder "midi" dan folder "wave" di dalam folder audio.
6) Pindahkan fail-fail jenis midi ke dalam folder midi dan fail-fail jenis wave ke dalam folder wave di atas. (fail-fail ini di dalam c:\backup\audio)
7) Ubah nama folder backup kepada "simpanan".
8) Paparkan kandungan folder simpanan dalam bentuk 'gambarajah pokok' (tree).
____________________________________
JAWAPAN:
1) Bina folder backup dalan c:\
c:\> md backup
2) Salin fail dari c:\windows\media ke folder c:\backup
c:\> cd windows\media
c:\windows\media>
c:\windows\media>...
10:35 PG
Syamsul

Rangkaian Komputer
Rangkaian (juga digelar Network) adalah kaedah menjadikan beberapa komputer berhubung antara satu sama lain.
Mengapa komputer dirangkaikan?
Komputer dirangkaikan atas beberapa sebab:
Berkongsi fail
Berkongsi sumber (perkakasan ataupun aplikasi)
Capaian maklumat
Bagaimana untuk hubungkan komputer dari pelbagai jenis atau fungsi?
Bagi membolehkan komputer dihubungkan tanpa mengira jenis atau fungsinya, satu peraturan (digelar protokol) yang sama akan digunakan. Topik protokol ini akan disentuh kemudian dalam artikel akan datang. Antara protokol yang paling popular dan sering digunakan bagi menghasilkan sambungan ini adalah...
3:02 PTG
Syamsul
Latihan DOS
1) Bina folder seperti di bawah
c:\latihanDOS\sem4
2) Salin fail-fail berikut ke dalam folder sem4 yang telah dibina:
i. 1 fail jenis exe (.exe)
ii. 1 fail jenis bat (.bat)
iii. 1 fail jenis sys (.sys)
iv. 1 fail jenis com (.com)
v. 1 fail jenis ini (.ini)
vi. 1 fail jenis dll (.dll)
*fail-fail ini boleh dijumpai di c: dan juga c:\windows
3) Salin (copy) folder sem4 ini kepada c:\latihanDOS\backup
4) Padam (delete) folder sem4
_________________________________
Jawapan:
1) Bina folder c:\latihanDOS\sem4
run 'cmd'
c:\Doc & Set\User>
c:\Doc & Set\User>cd\ (kembali ke root)
c:\>
c:\>md latihanDOS\sem4 (bina folder latihanDOS, dan bina folder sem4 di dalamnya)
c:\>dir latihanDOS (semak kandungan folder latihanDOS)
2) Salin 1 fail daripada jenis:...
11:43 PTG
Syamsul

Secara ringkasnya, internet adalah hasil perkembangan teknologi rangkaian yang tercetus sejak Perang Dingin (perang provokasi Amerika – Rusia).
Oleh kerana kebimbangan berlakunya perang nuklear, Institut Kajian Pertahanan Amerika (DARPA) telah membuat kajian rahsia berkenaan talian pemindahan data bersepadu digelar ARPA-Net. Tujuannya, jika berlaku perang nuklear dan satu-satu pusat pertahanan Amerika dibom (Amerika memiliki beberapa pusat pertahanan yang menyimpan maklumat teknologi pertahanan), maklumat pertahanan di pusat tersebut ada disimpan di pusat-pusat pertahanan yang lain (sebagai salinan).
Bagaimana akhirnya ARPA-Net menjadi Internet?...
12:49 PTG
Syamsul

Langkah 5: Pasang pemacu storan (harddisk, pemacu cd, pemacu disket)
Setiap motherboard biasanya menyokong sehingga 6 pemacu storan (4 untuk harddisk atau pemacu cd – slot IDE; 2 untuk pemacu disket – slot FDD).
Slot yang menyokong harddisk atau pemacu cd digelar slot IDE. Motherboard biasanya didatangkan dengan 2 slot ini. Setiapnya boleh menyokong dua pemacu storan (master & slave) yang disambung dengan kabel IDE.
Jika anda ingin menggunakan satu kabel IDE sahaja untuk menghubungkan motherboard kepada harddisk dan pemacu cd, set jumper pada kedua-dua pemacu storan tersebut; satu master & satu slave (panduan biasanya disediakan pada...
12:13 PTG
Syamsul
Latihan ni aku petik dari satu tutorial aku untuk pelajar modul Diagnosis.
Ok2. katakan soalannya cam ni:
___________________________________
1. bina folder ujidos1 2. buka (masuk) folder Windows (c:\windows) 3. salin (copy) fail-fail jenis bitmap (.bmp - fail gambar) dalam folder Windows (c:\windows\*.bmp) ke dalam folder ujidos1 (c:\ujidos1) 4. Keluar semula ke drive c: 5. ubah nama ujidos1 kepada dostest1 6. masuk ke dalam folder dostest1 (c:\dostest1) 7. bina folder gambar (c:\dostest1\gambar) 8. pindahkan semua fail bitmap yang ada dalam dostest1 (c:\dostest1\*.bmp) ke folder gambar tadi (c:\dostest1\gambar) 9. keluar ke drive c: 10. bina folder 02Mei08 11. pindahkan folder dostest1 (c:\dostest1) ke dalam folder 02Mei08 tadi (c:\02Mei08) 12. paparkan hasil kerja (c:\02Mei08) dalam bentuk...
11:59 PG
Syamsul

Kita teruskan artikel ke-2 DOS ni dengan latihan.
Untuk latihan ni (dah macam cikgu pulak :D ), kita akan copy (salin) beberapa fail dari 3 jenis yang berbeza ke dalam 3 folder berasingan.
Fail-fail ni kita ambil dari folder c:\Windows iaitu fail bitmap (.bmp), aplikasi (.exe), konfigurasi (.ini).
Buka CMD untuk memulakan DOS, dan taip 'cd\'.
Start > run > cmd
C:\Documents and Setings\UserX > cd\
C:\>
Kita akan bina 3 folder dalam drive C:\ iaitu BITMAP, APS, dan CONFIG.
Taip arahan 'md '. md atau mkdir adalah singkatan bagi MAKE DIRECTORY (buat direktori/folder)
C:\> md BITMAP
C:\> md APS
C:\> md CONFIG
Salin...
10:44 PG
Syamsul

DOS ni sebenarnya singkatan untuk Disk Operating System.
Korang pernah dengar nama Microsoft? Ala... kompeni yang buat & jual Windows OS* (Operating System). *Nanti kalau sempat, aku cuba la sentuh pasal topik Operating System ni. Sebelum Windows, DOS ni la produk yang Microsoft jual. So...
Korang mesti ingat DOS ni Microsoft yang buat kan? Hm, ada cerita disebaliknya...Itu pun kita cerita lain kali je la ek? Kali ni kita tengok dulu APA itu DOS & ARAHAN-arahan biasa dalam DOS.
Sebelum kita belajar command (arahan) DOS, jom kita tengok dulu macam mana Windows susun fail.
Windows biasanya akan di'install' (dimasukkan) dalam Drive C:...