

Kenalpasti port-port pada motherboard. Masukkan motherboard ke casing dengan memastikan port-port i/o motherboard masuk ke lubang yang disediakan pada casing (ruang belakang). Kenalpasti lubang skru pada casing yang selari dengan lubang skru motherboard (anda boleh tandakannya dengan pen).

Alihkan motherboard. Pasang tapak skru (disediakan oleh pembekal motherboard) pada tapak casing yang hendak digunakan (ditanda) tadi. Kemudian tempatkan kembali motherboard pada kedudukan tadi, selari dengan lubang tapak skru yang baru dipasang. Pasang skru untuk melekatkan motherboard kepada tapak skru tadi
Biasanya bekalan kuasa disertakan sekali dengan casing yang dibeli. Jika tidak disertakan, pasang bekalan kuasa kepada casing terlebih dahulu. Pastikan bekalan yang digunakan adalah dari jenis yang sama dengan motherboard (bekalan kuasa ATX untuk motherboard ATX).
Permukaan depan casing biasanya disertakan dengan lampu kuasa, lampu aktiviti harddisk, butang ON dan butang RESET. Pasang wayar-wayar yang disediakan oleh casing untuk fungsi-fungsi ini kepada motherboard pada soket-soket yang disediakan (gunakan panduan buku manual motherboard @ label pada soket tersebut). Pasang juga wayar untuk speaker casing pada soket yang disediakan.

































