This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Berkunjung ke AsasPC.blogspot.com

Halaman ini dibina sebagai portal informasi dan baikpulih PC - Personal Computer di dalam Bahasa Melayu.

Processor Baru Intel...

2-3 hari lepas ada kluar artikel pasal processor baru intel yang sedang hangat dipromosikan kat Plaza Low Yat, KL. Menarik tul teknik iklan dia. Processor ni didakwa kononnya sebagai "The Fastest Processor on Earth!" (ya ka...) The "Fastest Processor on the Planet", the Intel Core i7 processor, officially landed on Malaysian soil yesterday (20Nov08). Broadly heralded by the computing industry as a technical marvel, the Intel Core i7 processor holds the new world record of 117 for the SPECint_base_rate2006 benchmark test that measures the performance of a processor. This is the first time ever for any single processor to exceed a score of 100...

OLPC - Setiap Kanak-kanak Sebuah Laptop ?

Memang bagus projek OLPC - One Laptop PerChildren ni. Tapi... projek ni berjalan kat beberapa negara terpilih saja, tak termasuk Malaysia. Antara negara yang terpilih adalah jiran kita sendiri Thailand, negara di Amerika Latin (seperti Brazil), dan Afrika (seperti Nigeria). Antara kriterianya ialah negara-negara peserta terpilih ada ramai pelajar/penduduk miskin. Yang bawah ni pula adalah khabar-khabar angin berkenaan projek ni yang nampaknya dah mula nak dimonopoli semula oleh orang-orang 'berkepentingan'. Aku bukan nak kata banyak la... Projek OLPC ni mmg best, banyak perubahan pada design hardware & sistem dengan tujuan yang satu: "kanak-kanak...

Animasi Video Unik?

Video ni aku dapat waktu merayau kat internet. Kalau tengok betul-betul... "Eh, komputer grafik la!" Bukan... Sebenarnya, video ni diolah menggunakan video sebenar secara realtime menggunakan program yang dibuat dengan aturcara C++. Virtual Ball Pit from Kevin Atkinson on Vimeo. Mamat yang buat ni, Kevin Atkinson (budak Kanada) sebenarnya seorang programmer grafik. Dia buat ni sekadar suka-suka je asalnya. Program yang dibuat ni sebenarnya guna beberapa komponen: C++, OpenCV (Open Source Computer Vision - realtime computer vision library), dan Chipmunk (2D physics library). Hasilnya... Kesan video realtime (sedang berlaku - masa nyata) yang ada kesan pergerakan animasi fizik! Tak best? Isk... Kalu tengok sekali imbas, memang la. Tapi kalu korang kreatif... Banyak woo leh kita wat :P Kalu...

Mini Laptop atau Mini PC?

Sekarang ni dah jadi macam trend pulak bebudak seawal sekolah rendah pakai laptop. Kalu dulu... sesapa yang pakai laptop ni dikira mewah; Tapi sekarang ni sebab banyak permintaan, harga laptop ngan PC biasa dah tak jauh beza. Dengan duit RM1K atau RM2K je korang dah boleh beli sebijik laptop! Hm... aku tak pasti, tapi ramai yang cakap zaman PC ni mungkin dah berakhir dan akan datang mungkin orang akan gelar laptop ni pulak sebagai PC (personal computer). Itu satu hal... Hal yang satu lagi lak, pasal Laptop mampu milik (dulu heboh pasal PC mampu milik). Asalnya ada satu NGO kat eropah tu buat kempen untuk IT laterate penggunaan PC/laptop sejak sekolah rendah. Sebabkan laptop ni lebih mobile dan mudah dibawa kemana-mana, depa cadang nak hasilkan laptop murah USD100 (seratus US dollar sebijik)...

Cetak Rompak Haram?

Artikel ni untuk dikongsi bersama, dipetik dari halaman web Ustz Zaharuddin: Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku SOALAN Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal. Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini..... JAWAPAN Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para...

Update untuk Windows !

Service Pack 3 (sp3) untuk Windows XP telah keluar secara rasminya! Dah lama aku tunggu SP3 rasmi ni, asyik yg beta je. Dapatkan dari : http://www.microsoft.com . SP1 juga dah keluar (dah lama pun...) untuk Windows Vista. Dapatkan dari http://www.microsoft.com . Soalannya: Apa bendanya SP1, SP2, SP3 ni? SP = Service Pack = himpunan fail-fail untuk tujuan update Windows ! Ini bermaksud Service Pack menghimpunkan fail-fail update sebelum ini di dalam satu pek (pack). Kenapa nak update? Windows yang korang guna (kalau korang guna Windows la...) ada kekurangan. Kadang-kadang kekurangan-kekurangan tu boleh di 'pergunakan' oleh orang lain untuk...

Teknologi Untuk Windows 7 ?

Sebenarnya kita tak berapa pasti lagi apa yang bakal muncul dalam versi Windows 7. Tapi kat sini aku nak senaraikan sikit la antara teknologi-teknologi yang dijangka bakal menjadi penyeri Windows 7. Microsoft Surface Konsepnya ialah touch screen (skrin sentuh). Beza dengan teknologi sedia ada, Microsoft Surface ni bersifat interaktif (bertindak balas pada sentuhan). Kalau tengok pada videonya... Hm... mmg best la ! Konsep interaktif ni bukan diletak pada monitor biasa, tapi dipasang pada monitor saiz besar. Ya la... baru nampak kan. Boleh letak pada meja tulis, meja makan kedai (kedai eksklusif la tapi), meja kopi... Meja kopi? Orang kampung cam aku ni rasanya tak mampu nak pakai meje-meja interaktif yang mahal ni :(( Ya la... keje tunggang tebalik pun kalu nak beli meja yang harganya...

Pengganti Windows Vista?

Sekarang ni mmg tengah heboh pasal Windows baru pengganti Windows Vista iaitu Windows 7. Code name nya Blackcomb atau Vienna . Tapi tak tau la kalu-kalu gambar2 ni betol ataupun kapor je :D . Gambar ni kalu nak, korang leh cari la kat google... Kat sini aku tampilkan sikit gambar-gambar shot yang boleh korang dapati sendiri. Nak percaya atau tak... kita tunggu je la :) Windows 7 mula dibangunkan seawal 20 Jul 2007 dan dijangka dilancarkan pada tahun 2010 nanti. Lambat lagi la kiranya :( Oh ya, aku amik gambar ni dari salah sebuah blog indie Arimurti.com http://www.arimurti.com/artikel/blogging/windows-7-pengganti-windows-vista-screenshot-video-avai.html...

Tugasan DOS 2

Latihan 1) Bina satu folder/direktori "backup" dalam drive c. 2) Salin semua fail-fail dari c:\windows\media ke dalam folder backup di atas. 3) bina folder "audio" di dalam folder backup. 4) Pindahkan semua fail jenis audio (dari c:\backup) ke dalam folder audio di atas. 5) Bina folder "midi" dan folder "wave" di dalam folder audio. 6) Pindahkan fail-fail jenis midi ke dalam folder midi dan fail-fail jenis wave ke dalam folder wave di atas. (fail-fail ini di dalam c:\backup\audio) 7) Ubah nama folder backup kepada "simpanan". 8) Paparkan kandungan folder simpanan dalam bentuk 'gambarajah pokok' (tree). ____________________________________ JAWAPAN: 1) Bina folder backup dalan c:\ c:\> md backup 2) Salin fail dari c:\windows\media ke folder c:\backup c:\> cd windows\media c:\windows\media> c:\windows\media>...

Asas Rangkaian

Rangkaian Komputer Rangkaian (juga digelar Network) adalah kaedah menjadikan beberapa komputer berhubung antara satu sama lain. Mengapa komputer dirangkaikan? Komputer dirangkaikan atas beberapa sebab: Berkongsi fail Berkongsi sumber (perkakasan ataupun aplikasi) Capaian maklumat Bagaimana untuk hubungkan komputer dari pelbagai jenis atau fungsi? Bagi membolehkan komputer dihubungkan tanpa mengira jenis atau fungsinya, satu peraturan (digelar protokol) yang sama akan digunakan. Topik protokol ini akan disentuh kemudian dalam artikel akan datang. Antara protokol yang paling popular dan sering digunakan bagi menghasilkan sambungan ini adalah...

Tugasan DOS 1

Latihan DOS 1) Bina folder seperti di bawah c:\latihanDOS\sem4 2) Salin fail-fail berikut ke dalam folder sem4 yang telah dibina: i. 1 fail jenis exe (.exe) ii. 1 fail jenis bat (.bat) iii. 1 fail jenis sys (.sys) iv. 1 fail jenis com (.com) v. 1 fail jenis ini (.ini) vi. 1 fail jenis dll (.dll) *fail-fail ini boleh dijumpai di c: dan juga c:\windows 3) Salin (copy) folder sem4 ini kepada c:\latihanDOS\backup 4) Padam (delete) folder sem4 _________________________________ Jawapan: 1) Bina folder c:\latihanDOS\sem4 run 'cmd' c:\Doc & Set\User> c:\Doc & Set\User>cd\ (kembali ke root) c:\> c:\>md latihanDOS\sem4 (bina folder latihanDOS, dan bina folder sem4 di dalamnya) c:\>dir latihanDOS (semak kandungan folder latihanDOS) 2) Salin 1 fail daripada jenis:...

Sejarah Internet

Secara ringkasnya, internet adalah hasil perkembangan teknologi rangkaian yang tercetus sejak Perang Dingin (perang provokasi Amerika – Rusia). Oleh kerana kebimbangan berlakunya perang nuklear, Institut Kajian Pertahanan Amerika (DARPA) telah membuat kajian rahsia berkenaan talian pemindahan data bersepadu digelar ARPA-Net. Tujuannya, jika berlaku perang nuklear dan satu-satu pusat pertahanan Amerika dibom (Amerika memiliki beberapa pusat pertahanan yang menyimpan maklumat teknologi pertahanan), maklumat pertahanan di pusat tersebut ada disimpan di pusat-pusat pertahanan yang lain (sebagai salinan). Bagaimana akhirnya ARPA-Net menjadi Internet?...

Pemasangan PC (siri 5)

Langkah 5: Pasang pemacu storan (harddisk, pemacu cd, pemacu disket) Setiap motherboard biasanya menyokong sehingga 6 pemacu storan (4 untuk harddisk atau pemacu cd – slot IDE; 2 untuk pemacu disket – slot FDD). Slot yang menyokong harddisk atau pemacu cd digelar slot IDE. Motherboard biasanya didatangkan dengan 2 slot ini. Setiapnya boleh menyokong dua pemacu storan (master & slave) yang disambung dengan kabel IDE. Jika anda ingin menggunakan satu kabel IDE sahaja untuk menghubungkan motherboard kepada harddisk dan pemacu cd, set jumper pada kedua-dua pemacu storan tersebut; satu master & satu slave (panduan biasanya disediakan pada...

DOS (siri 3)

Latihan ni aku petik dari satu tutorial aku untuk pelajar modul Diagnosis. Ok2. katakan soalannya cam ni: ___________________________________ 1. bina folder ujidos1 2. buka (masuk) folder Windows (c:\windows) 3. salin (copy) fail-fail jenis bitmap (.bmp - fail gambar) dalam folder Windows (c:\windows\*.bmp) ke dalam folder ujidos1 (c:\ujidos1) 4. Keluar semula ke drive c: 5. ubah nama ujidos1 kepada dostest1 6. masuk ke dalam folder dostest1 (c:\dostest1) 7. bina folder gambar (c:\dostest1\gambar) 8. pindahkan semua fail bitmap yang ada dalam dostest1 (c:\dostest1\*.bmp) ke folder gambar tadi (c:\dostest1\gambar) 9. keluar ke drive c: 10. bina folder 02Mei08 11. pindahkan folder dostest1 (c:\dostest1) ke dalam folder 02Mei08 tadi (c:\02Mei08) 12. paparkan hasil kerja (c:\02Mei08) dalam bentuk...

DOS (siri 2)

Kita teruskan artikel ke-2 DOS ni dengan latihan. Untuk latihan ni (dah macam cikgu pulak :D ), kita akan copy (salin) beberapa fail dari 3 jenis yang berbeza ke dalam 3 folder berasingan. Fail-fail ni kita ambil dari folder c:\Windows iaitu fail bitmap (.bmp), aplikasi (.exe), konfigurasi (.ini). Buka CMD untuk memulakan DOS, dan taip 'cd\'. Start > run > cmd C:\Documents and Setings\UserX > cd\ C:\> Kita akan bina 3 folder dalam drive C:\ iaitu BITMAP, APS, dan CONFIG. Taip arahan 'md '. md atau mkdir adalah singkatan bagi MAKE DIRECTORY (buat direktori/folder) C:\> md BITMAP C:\> md APS C:\> md CONFIG Salin...

DOS (siri 1)

DOS ni sebenarnya singkatan untuk Disk Operating System. Korang pernah dengar nama Microsoft? Ala... kompeni yang buat & jual Windows OS* (Operating System). *Nanti kalau sempat, aku cuba la sentuh pasal topik Operating System ni. Sebelum Windows, DOS ni la produk yang Microsoft jual. So... Korang mesti ingat DOS ni Microsoft yang buat kan? Hm, ada cerita disebaliknya...Itu pun kita cerita lain kali je la ek? Kali ni kita tengok dulu APA itu DOS & ARAHAN-arahan biasa dalam DOS. Sebelum kita belajar command (arahan) DOS, jom kita tengok dulu macam mana Windows susun fail. Windows biasanya akan di'install' (dimasukkan) dalam Drive C:...

Pemasangan PC (siri 4)

Langkah 3: Pasang RAM (memori) Sebelum memasang motherboard ke casing (perumah), sebaiknya pasang RAM dahulu. Buka kedua-dua klip pada slot memori motherboard. Slot RAM ini mempunyai bonggol pada kedudukan tertentu. Masukkan RAM pada kedudukan betul berpandukan bentuk kaki RAM dan bonggol pada slot RAM. Tekan pada satu hujung RAM dan kemudian hujung yang satu lagi untuk memastikan RAM betul-betul ketat (klip slot RAM akan mengunci RAM secara otomatik). Ulangi langkah jika lebih daripada satu RAM dipasang. Langkah 4: Pasang motherboardBuka casing (perumah) PC. Kenalpasti port-port pada motherboard. Masukkan motherboard ke casing dengan memastikan...

Page 1 of 7123Next

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites